Pertandingan Membuat Origami Terbanyak

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2019 (Sabtu), Pusat Internet Batu Sapi telah mengadakan aktiviti pertandingan membuat origami terbanyak. Aktiviti ini dijalankan selama 2 jam di ruangan meja latihan PI Batu Sapi.

Antara bahan yang mereka gunakan adalah kertas Origami, gunting, gam dan komputer sebagai bahan rujukan mereka. Aktiviti ini bertujuan untuk mendidik peserta bagaimana menggunakan teknologi masa kini dijadikan sumber pengetahuan mereka.

Pertandingan ini turut menyediakan hadiah kepada tempat pertama, kedua, ketiga dan tercantik. Selain itu, hadiah saguhati turut disediakan kepada semua peserta yang mengikuti aktiviti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali